Products

YA ALLAH, TENANGKAN HATIKU!
April 14, 2020
KUMPULAN SOLAT SOLAT SUNAT
April 14, 2020
Show all

500 Kelalain Dalam Solat By H. Muhammad Nasir

RM21.90

Dirikanlah olehmu solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Surah Hud: 114)

Solat mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam Islam. Solat merupakan rukun Islam yang kedua juga adalah tiang agama. Orang yang menjaga untuk tetap melaksanakan solat dengan maksimum, bermakna ia telah menjaga agamanya. Siapa yang mensiakannya,bermakna ia telah mensia-siakan agama. Di akhirat, baik dan buruknya amal seseorang ditentukan dengan pahala solatnya. Apabila dia mengerjakan solatnya dengan baik dan benar, amalan yang lain menjadi benar. Apabila solatnya rosak, rosaklah amalan-amalan yang lain. Oleh sebab itu, setiap orang Islam hendaklah mengerjakan solat dengan sebetul-betulnya. Ia harus memerhatikan perkara-perkara yang dapat mengurangkan kesempurnaan solat bahkan juga membatalkannya.

“Ada orang yang telah melaksanakan solat, tetapi ia hanya menerima sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah sahaja dari pahala solatnya.” (Hadis Riwayat Daud, Ahmad dan Baihaqi)

Buku ‘500 Kelalaian dalam Solat’ memberi panduan solat mengikut tuntutan Rasulullah SAW dengan mengetahui kelalaian yang dilakukan ketika solat serta menyediakan penjelasan yang amat berharga.

1 in stock

ISBN: 9789673712779 Category:
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “500 Kelalain Dalam Solat By H. Muhammad Nasir”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…