Products

99 Solat Sunat Lengkap by Ustaz Abdul Ismail
March 17, 2021
Aku Ada Allah by Azeem Razali
March 17, 2021
Show all

Ayat Ruqyah & Doa-Doa Mujarab

RM8.90

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang-orang mukmin yang sejati akan mengisi ruang masanya dengan pelbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredaan Allah. Tiada sesuatu yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredaan Allah SWT.
Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir dan bacaan rukyah dengan membaca koleksi zikir yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ini bererti kita telah membenteng diri kita dengan senjata yang kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk. Dapatkanlah buku ini dengan segera, semoga setiap ilmu dan perkongsian yang ada di dalamnya dapat dikongsikan bersama. Jadilah Muslim yang sejati, semoga Allah SWT merahmati. Selamat membaca!

 

Out of stock

ISBN: 9789674444198 Categories: ,
Description