Products

Companies Act 2016 (Act 777), Regulations & Rules As At 20/1/2020
June 3, 2021
My Book Of Simple Addition by Kumon (Paperback)
June 3, 2021
Show all

Kapal Terakhir Di Dunia Episod 2 by Teme Abdullah (Paperback)

RM25.50

Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor akan turut lumpuh.

Itulah yang sedang dialami Bokor – kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor lain mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.

Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah.

Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa.

“Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi… jika kau pilih jalan ini.”

Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri.

1 in stock

ISBN: 9789672459187 Categories: ,