Products

Berteduh Kerana Kekosongan Hati (Siri Berteduh Hati, #2) by Pahrol Mohamad Juoi
April 1, 2021
Longing for God’s Closeness by Ayesha Syahira
April 1, 2021
Show all

Kekok: Bagaimana Untuk Mendengar, Memahami dan Memberi Respons Apabila Perlu by Akif Basri (IMAN Pub)

RM25.50

“Aku nak tolong kawan aku, tapi aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku patut dengar saja ke, atau aku patut cakap sesuatu…?”

Kadangkala, apabila kawan datang kepada kita untuk meluahkan, timbul perasaan serba salah dalam diri; “Aku patut buat apa ni?”

Diam salah, cakap pun salah. Risau nanti tersalah respons. Kekok betul.

Sebenarnya, bilakah waktu yang sesuai untuk kita memberi respons? Adakah cukup dengan hanya mendengar?

Menjadi pendengar yang baik bukan sekadar memilih antara duduk diam atau memberi kata semangat. Yang lebih penting adalah, si peluah merasakan dia benar-benar didengari dan difahami.

Menerusi buku ini, penulis menampilkan tip-tip praktikal untuk kita menangani rasa kekok apabila berinteraksi secara berhadapan dan di alam maya – agar kita menjadi pendengar yang mampu menyediakan ruang selamat kepada orang terdekat untuk meluahkan apa saja yang terbuku dalam hati

1 in stock

ISBN: 9789672459156 Categories: ,