Products

Aku Ada Allah by Azeem Razali
March 17, 2021
1000 Cool Stickers by Bookoli
March 18, 2021
Show all

Ziarah Ke Arah Barzakh by Al-Imam Jalaluddin As Suyuti

RM40.00

Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas ini tampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa releven dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

Lewat buku ini, Imam Jalaluddin as-Suyuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh-sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku ini di tangan anda berbicara tentang seluruh realiti yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut,keadaan roh stetlah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting dibaca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

 

2 in stock

SKU: 9789670326436 Category: ISBN: 9789670326436.